Monday, May 4, 2009

Bekas Polistirena Punca Barah ?


SEBAHAGIAN daripada bekas polistirena yang digunakan untuk membungkus makanan dan sebagai pinggan makanan.

ISU pencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh generasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari ini semakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap dan pelepasan gas hijau ke udara.

Bahan-bahan buangan yang sukar dilupuskan secara semulajadi seperti polistirena sepatutnya dikurangkan penggunaan atau tidak digunakan langsung. Selain ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk lupus, bahan itu juga dikatakan turut menjadi agen kanser.

Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN cuba mengupas isu ini dari pelbagai perspektif dari aspek alam sekitar dan kesihatan di samping cuba mencari alternatif menggantikan penggunaan bekas makanan polistirena ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.

Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadi.

Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.

‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

‘‘Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Berita Selanjutnya : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment