Wednesday, April 15, 2009

Pusat Pembangunan Usahawan

Pusat Pembangunan Usahawan ( Business Centre ) ini adalah merupakan satu inisiatif dan daya usaha pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya ( delivery system ) selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.

Peranan dan Okjektif Business Centre ini adalah :-

Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan ( business opportunities ) dan penjanaan pendapatan ( income generating activities )
yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera di Kota Kinabalu
dan di negeri Sabah seluruhnya.

Menjadi pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.

Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan ( networking ) dikalangan para usahawan yang sedia ada.

Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.

Pusat Pembangunan Usahawan ( Business Centre ), Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi ini diurus dan dikendalikan oleh pihak TEKUN Nasional.

No comments:

Post a Comment