Saturday, May 9, 2009

Masakan Halal Di MECC


CHEF ZAM (kanan) menjemput orang ramai datang dan menyaksikan pertandingan memasak masakan halal di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur bermula hari ini.


JIKA bercakap tentang potensi masakan halal untuk dipersembahkan kepada masyarakat dunia, tentunya tiada sempadan selera yang tidak dapat diseberangi.

Bermula dengan pemahaman mendalam tentang penggunaan bahan dan sumber yang 100 peratus halal, langkah seterusnya adalah untuk mempelbagaikan teknik, kreativiti dan penelitian dalam olahan resipi.

Mungkin itulah yang bakal disaksikan dalam pertandingan memasak halal yang julung-julung kali dianjurkan sempena Pameran Halal Antarabangsa ke-6 (MIHAS 2009), iaitu salah satu pameran berteraskan agenda halal yang terbesar di dunia.

"Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), Kuala Lumpur, pertandingan itu menerima penyertaan daripada 71 kumpulan pelajar jurusan kulinari institusi-institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Mereka akan bertanding bagi merebut piala The Silverspoon Award dan wang tunai AS$5,000 (RM17,666), AS$3,500 (RM12,365) dan AS$1,500 (RM5,300)," ujar chef selebriti, Chef Zamzani Abd. Wahab.

Menurut beliau yang bertindak selaku penasihat, perunding, sekali gus pengelola pertandingan tersebut, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan tiga jenis juadah berbeza berdasarkan tema yang ditetapkan.

Antara kriteria yang diberi penekanan dalam pemarkahan adalah nilai khasiat dan cara penyediaan yang praktikal sesuai dengan gaya hidup semasa.

Pada pameran MIHAS lalu, Chef Zam pernah dijemput untuk mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk-produk keluaran Malaysia bagi tujuan promosi.

Kali ini, pihak MIHAS dan Pembangunan Perdagangan Luar Negara Malaysia (MATRADE), melantik beliau untuk tugas yang lebih dominan dalam penganjuran acara tersebut.

Mengakui sudah lama berganding bahu dengan MATRADE, Chef Zam memberitahu, ketika beliau menuntut di Thames Valley University, London, beliau telah mendapat kepercayaan untuk mengendalikan konsep Restoran Malaysia sempena International Food Exhibition 2009.

Cerita selanjutnya : Clik Disini

No comments:

Post a Comment